Assalamualaikum w.b.t
Semua orang akan diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan..
Cabaran dan dugaan ini lah yang akan mengajar kita erti sebuah kehidupan..
ikhlas daripada cinta hati..wee~
Pernah kehilangan di saat kandungan mencecah 7minggu..sangat menguji hati kecil seorang wanita..
Kegembiraan yang diharapkan..tidak kesampaian..
Masa yang diambil untuk memulihkan segala semangat dan harapan agak mengambil masa..
Doa tidak putus-putus dari bibir..disulami doa daripada suami, ibu bapa, mertua dan keluarga tercinta membantu sy..sy hampir putus harapan dengan pelbagai kata-kata..rasa bersalah kerana menyangka semuanya sebab sendiri..
Namun, doktor mengesahkan..bukan rezeki saya untuk kali itu..tiada salah diri sendiri...
Bangkit dari kekecewaan setelah beberapa bulan berlalu..sy disahkan positif..Alhamdulillah..
Di awal kehamilan..rasa gusar melanda lagi..kekecewaan lama muncul dalam ingatan..
Tetapi..hanya doa lah yang dititipkan setiap masa..suami dan keluarga menyokong segala termampu..
19 April 2013..permata hati menjenguk dunia...syukur Ya Allah atas kurniaan yang tak ternilai ini..
Muhammad Faris bin Mohammad Yusri
Our little caliph..
Rambut pacak-pacak macam rambut abah die ni..hehe..
Masa ni masih di NICU..ibu dapat tgk dari handphone abah je syg..
Sayunya hati...
Semoga Muhammad Faris menjadi anak yang soleh..berjaya di dunia dan akhirat..
Doa ibu dan abah sentiasa untuk syg..


No comments:
Post a Comment